Tarikh : 20 Mei 2021
Tuan/Puan,
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERSATUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PERWILA) KALI KE-18
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwitahunan PERWILA Kali Ke-18 Tahun 2021 akan di adakan seperti maklumat di bawah :
Tarikh : 22 Mei 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Aplikasi Google Meet
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai ahli PERWILA adalah dijemput hadir ke mesyuarat ini dan mengesahkan kehadiran melalui kumpulan Whatsapp di pautan https://chat.whatsapp.com/KCQkzJimgGXB7NQ5EnYDtp
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
a) Ucapan Ketua 1 PERWILA
b) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-17
c) Laporan Aktiviti Persatuan bagi tahun 2019 dan 2020
d) Laporan Kewangan Persatuan bagi tahun 2019 dan 2020
e) Pembubaran AJK sesi 2019-2021
f) Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2021/2023
g) Hal-hal Lain
h) Ucapan Penangguhan Mesyuarat
4. Sehubungan dengan ini, kehadiran semua Ahli PERWILA amat dialu-alukan.
Sekian dan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan