Sabtu, 17 Julai 2010

Minggu Ke 10. Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA

Program minggu ke 10 ini berlangsung di SMK Pantai WP Labuan. Pagi itu diserikan lagi dengan acara senam seni setelah beberapa minggu tertunda.




Sedikit nasihat telah diberikan oleh tenaga pengajar senam seni


Aktiviti membuat layang-layang atau kikik





Saudara Matusin Awang Damit dari RTM Labuan FM, merupakan penceramah lakonan untuk para peserta program minggu ke 10 ini. Beliau berpengalaman dalam bidang vcd, teater, drama radio dan beliau juga pernah menjadi pengarah teater yang telah membawa kumpulannya mewakili Labuan ke Kota Kinabalu.




10 Orang pelajar berbakat terpilih untuk membuat persembahan lakonan




Terima Kasih Kepada
Pegawai Kesihatan, AJK PERWILA, Norgadis Labuan, Rafidah Mohamad, Rabiah Aisah, N Athirah dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu ke 10 program promosi kesihatan dan kesenian ini

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA