Rabu, 23 September 2015

SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK (SDS) ANTARA JABATAN KERAJAAN

SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK (SDS) ANTARA JABATAN KERAJAAN
SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015


1.  PENGANJUR

Pertandingan ini  dianjurkan oleh PERWILA dengan kerjasama Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.


2.  SYARAT PENYERTAAN

Pertandingan ini hanya terbuka kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sahaja. Setiap jabatan hanya dibenarkan menghantar satu (1) orang  peserta sahaja.

Pegawai/Kakitangan kerajaan yang menang tempat pertama, ke-2  dan  ke-3 dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2015 tidak dibenarkan menyertai.

Peserta dikehendaki  mengisi Borang  Penyertaan  yang  boleh  dimuat turun  dari blog ini atau dapatkan sesalinan di Pejabat  Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian  Perbadanan  Labuan  (Tingkat  1,  Wisma Perbadanan). Borang yang lengkap  diisi hendaklah dikembalikan bersama 3 salinan teks sajak pada atau sebelum 21 Oktober 2015 kepada:

Urus Setia SDS PERWILA
d/a Perpustakaan Kolej Maktrikulasi Labuan
u.p.: En. Francis Labi.
Borang Penyertaan SDS BBK
Risalah Maklumat SDS BBK
(Borang dan risalah di atas boleh dicetak menggunakan kertas bersaiz A4. Klik kanan dan 'Save Image As...')


3.  SISTEM PENGHAKIMAN & HAKIM

Sistem penghakiman dan hakim akan disediakan oleh PERWILA.


4.  TEKS SAJAK

Peserta dikehendaki memetik 1 teks sajak dari Buku Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita (SSK) terbitan PERWILA. Buku antologi puisi SSK boleh dibeli dari urus setia dengan harga RM10.00 senaskhah.


5.  HADIAH

Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan hadiah pemenang adalah seperti berikut:

I. Johan                         RM300.00
II. Naib Johan               RM200.00
III. Tempat Ke-3            RM150.00
IV.  Saguhati bernilai   RM50.00 (6 hadiah)


6.  TARIKH & TEMPAT

Saringan :        30.10.2015 (Jumaat) Masa: 8:00 malam
Akhir      :        31.10.2015 (Sabtu)     Masa: 2.00 petang
Tempat   :         Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 1 November 2015 (Ahad)


7.  TEMA PAKAIAN PESERTA

Oleh kerana program ini adalah bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, semua peserta dikehendaki memakai pakaian kebangsaan.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017