Selasa, 9 Jun 2009

ANTOLOGI PUISI SEPULAU SEKASIH KITA

18 April 2009


PERWILA telah mencipta sejarah baru setelah PERWILA akhirnya berjaya buat pertama kalinya menerbitkan naskah antologi puisi sendiri. Percubaan yang mengkagumkan ini telah melahirkan 11 orang penulis yang telah menghasilkan beberapa buah puisi di dalam Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA. Antara penulis yang mencipta nama didalam Antologi ini ialah Bintang Syurga, Faten Hamama, Hajah Hasnah Sambas, Haji Othman Mahali, Lia Maisarah, Isma R.H, Norgadis Labuan, Samsa Harris, Suili Bakar ANS, Suardi Ismail dan Yahya Ahmad Puteh.

Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" yang memuatkan puisi-puisi indah ini dijual dengan harga RM 15.00 senaskah. Untuk mendapatkannya, bolehlah berhubung dengan AJK PERWILA. Semoga akan datang akan terbit pula antologi Cerpen dari PERWILA.
Salam Sastera.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA