Rabu, 10 Jun 2009

Peraduan Menulis/Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah


DBP Cawangan Sabah


Peraduan Menulis/Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah 2009
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

♦ untuk memperoleh bahan cerita rakyat dalam bentuk bertulis
♦ untuk tujuan penerbitan buku, majalah dan untuk pendokumentasian
♦ untuk menanam dan memupuk minat serta penghayatan orang ramai terhadap warisan sastera rakyat yang terdapat dalam pelbagai masyarakat dan budaya di negeri ini
♦ untuk menggalakkan bakat dalam penulisan semula bahan-bahan sastera rakyat

Cerita rakyat di sini meliputi cerita-cerita seperti cerita asal-usul (tempat/nama tempat, kejadian, benda/objek, amalan budaya dsb) cerita lipur lara, cerita pengembaraan, cerita epik, cerita mitos, cerita legenda, cerita lucu

1. Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat di Sabah.

2. Cerita hendaklah benar-benar ada atau memang pernah wujud dalam masyarakat atau etnik yang berkenaan dan bukan direka-reka mengikut imaginasi penulis. Keutamaan diberikan kepada cerita-cerita yang ada informan atau tukang cerita yang khusus (dan maklumat informan ini disertakan dalam Borang Penyertaan).

3. Cerita hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu baku, ditaip jarak dua atau double spacing dengan menggunakan kertas saiz A4 dan sebelah halaman saja. Fon saiz 12 pt. Bagi cerita yang ditaip menggunakan komputer, pengiriman disketnya sangat dialu-alukan. Kalau ditulis tangan, hendaklah kemas dan mudah dibaca.

4. Cerita hendaklah TIDAK diterjemahkan atau ditiru daripada cerita yang sudah terbit baik dalam buku mahupun majalah dan penerbitan lain.

5. Panjang setiap cerita hendaklah tidak kurang daripada 5 halaman.

6. Cerita hendaklah ditulis dengan memberikan keutamaan kepada mutu penyampaian (jalan cerita yang lancar, teratur dan menarik) dan gaya bahasa lancar.

7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu cerita tetapi maksimum hanya 3 sahaja layak dipertimbangkan untuk memenangi hadiah yang disediakan.

8. Semua cerita yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati supaya menyimpan salinannya.

9. Peserta tidak boleh menggunakan cerita yang dihantar untuk menyertai peraduan ini bagi tujuan-tujuan lain pada masa yang sama, misalnya (i) untuk menyertai peraduan lain, (ii) untuk diterbitkan dalam majalah, buku, akhbar dsb oleh pihak lain dsb.

10. Cerita yang dihantar mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan pendua atau fotostat.

11. Nama peserta jangan ditulis pada halaman cerita tetapi dalam Borang Penyertaan sahaja.

12. Semua cerita hendaklah dikirim (melalui pos atau hantar tangan) menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang boleh diperoleh daripada Urus Setia. Borang ini boleh difotostat dan boleh juga direka sendiri mengikut formatnya yang asal.

13. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan mana-mana cerita yang dihantar dalam apa-apa juga bentuk mengikut budi bicaranya. Hak cipta untuk semua cerita yang terpilih akan dipegang oleh DBP.

14. Cerita mesti sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum 31 Julai 2009. Cerita yang lewat sampai tidak akan diambil kira.

15. Keputusan Panel hakim dan Urus Setia muktamad.

Pertama: RM1,500.00
Kedua: RM1,200.00
Ketiga: RM800.00
7 Sagu Hati: 350.00 Setiap Satu

Alamat Urus Setia

Unit Penyelidikan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 149,
88999 KOTA KINABALU.
(u.p: Puan Norjanah Yusof)


untuk pertanyaan hubungi; Puan Norjanah Yusof
Tel: 088-439315
Faks: 088-439318
E-mel: norjanah@dbp.gov.my

Peraduan Menulis/Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah 2009
Tarikh Tutup pada atau sebelum 31 Julai 2009
Kategori: TERBUKA

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA